Wednesday 1 October 2014

CERPEN ~ TUKANG LAMA

Cerpen : Tukang Lama- Hassan Ali

SINOPSIS

            Pak Talib ialah seorang tukang rumah. Walau bagaimanapun pendapatannya semakin berkurang sejak kepulangan Manas, seorang tukang muda. Mak Lamah, iaitu isteri Pak Talib sering merendah-rendahkan keupayaan suaminya yang pandai menukang rumah orang sedangkan rumah mereka seperti reban ayam. Upah yang diperolehi Pak Talib daripada kerja-kerja pertukangan sangat sedikit sehingga sukar baginya hendak menampung perbelanjaan keluarga. Orang kampung hanya memberikan kerja yang remeh seperti membuat reban ayam dan membuat pintu pagar kepada Pak Talib kerana Manas dapat membuat kerja-kerja pertukangan yang lebih besar                                                                                                                                                                                             Di rumah Encik Mamat, Pak Talib disuruh membuat reban ayam. Dia mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan reban ayam itu. Dia diberi upah sebanyak RM10 sedangkan dia bekerja selama 4 hari untuk menyiapkannya. Dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki basikalnya, Pak Talib dapat membayangkan sumpahan yang bakal diterima daripada isterinya lantaran tidak dapat membeli barang-barang yang diperlukannya disebabkan upah yang diperoleh hasil daripada pekerjaannya. Sebaik-baik sampai di rumah. Pak Talib disambut dengan suara merdu isterinya, suatu perkara yang seolah-olah tidak dapt dipercayainya. Setelah selesai makan malam dan merebahkan badan, barulah Mak Lamah memberitahu Pak Talib bahawa Timah, anak gadis mereka telah dirisik oleh Manas.

TEMA

Dilema yang dialami oleh seorang  tukang lama akibat kehadiran tukang baru yang lebih moden pembuatan rumahnya.

PERSOALAN

1)  Kemampuan menyara keluarga melalui pekerjaan yang dilakukan
2)  Usaha mengekalkan pertukangan lama
3)  Cabaran yang dihadapi oleh tukang lama akibat peredaran masa
4)  Keyakinan kepada kemampuan diri sendiri dan penyerahan kepada takdir tuhan


WATAK DAN PERWATAKAN 

Watak Utama

Pak Talib
-   Pak Talib berusia hampir lima puluh tahun dan bekerja sebagai seorang tukang rumah. Selepas zaman perang, rezekinya agak mewah sedikit kerana mendapat banyak permintaan untuk bertukang kerana tiada saingan. Pak Talib masih mengekalkan cara lama untuk membuat rumah dan tidak pernah belajar di mana-mana kecuali menerusi seorang tukang tua di kampung.

PERWATAKAN

1.      Penyabar
Pak Talib begitu sabar mendengar leteran isterinya, Mak Lamah terutama apabila Mak Lamah mempertikaikan pendapatannya yang semakin berkurang kerana semakin jarang mendapat upah membuat rumah.

2.      Rajin
Pak Talib tetap bekerja mencari rezeki walaupun pendapatannya semakin berkurang. Dia juga tidak memilih pekerjaan asalkan ada kerja yang boleh dibuat untuk mencari rezeki.

3.    Bertanggungjawab
Pak Talib seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga kerana dia berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari rezeki walaupun pendapatannya semakin kurang.

WATAK SAMPINGAN

Mak Lamah
-   Mak Lamah ialah isteri Pak Talib dan ibu Timah. Mak Lamah ialah seorang suri rumah.

PERWATAKAN

1.      Suka berleter
Mak Lamah sering berleter apabila suaminya, Pak Talib mula kekurangan kerja kerana kerja menukang rumah mendapat saingan daripada tukang yang lebih muda.

2.      Memandang harta
Mak Lamah sering bertanya kepada Pak Talib tentang bayaran upah yang akan didapatinya jika dia pergi bertukang.

3.      Mudah berubah
Mak Lamah menyambut kepulangan Pak Talib dengan suara yang lembut setelah anak mereka, Timah dirisik oleh Manas.

GAYA BAHASA

SIMPULAN BAHASA -  ekor  mata, asam garam
PUISI – Pak Talib gedang-gedang
            Mak Lamah gulai labu
            Pak Talib banyak hutang
           Mak Lamah jual kelambu.

NILAI MURNI

1) Bertanggungjawab
Pak Talib seorang yang bertanggungjawab terhadap kerjanya dan pergi bekerja sewaktu subuh walaupun hanya perlu menyiapkan reben ayam

2) Sabar
Kesabaran Mak Lamah mengharugi kehidupan bersama pak Talib dalam masa susah dan senang walaupun sering berleter dan membebel kepada Pak Talib.

3) Kasih Sayang
 Pak Talib sangat menyanyangi isterinya, Mak Lamah walaupun Mak Lamah sering sahaja membebel dan meleter kepadanya.

4) Ketabahan
 Pak Talib tetap tabah meneruskan kehidupan walaupun semakin kurang mendapat upah daripada orang kampung.

 PENGAJARAN

1.  Kita hendaklah bertanggungjawab menyara keluarga.
2. Kita perlulah bersabar melayani sebarang karenah manusia.
3. Kita perlulah yakin akan kebolehan diri sendiri.

4. Kita perlulah berusaha unruk mencari rezeki yang halal.
5. Kita perlulah bersyukur dengan apa-apa yang ada.

No comments:

Post a Comment